Saturday, 26 July 2014

Rakan Yang Jauh Di Perantau,Dekat Di Hati

Pada 30 Januari 2014,saya,Nicole Eugenia yang memegang nombor maktab SC121056 telah menamatkan pengajian saya sebagai pelajar MRSM Kuching.Saya telah berpindah ke Perth,Western Australia pada 4 Feb yang lalu sebab mengikut ayah yang belajar di Curtin.Sudah genap 2 tahun saya menjadi pelajar MRSM Kuching dan genap 6 bulan saya duduk di negara orang.Saya telah memperolehi banyak pengalaman sepanjang menjalani kehidupan di MRSM Kuching dan saya berasa sangat bersyukur kerana saya pernah bersekolah di MRSM.

Jadi,di sini,saya menjadi salah seorang pelajar di Southern River College.Southern River College ialah sebuah sekolah vokational yang menyediakan program seperti Akademik,Mineral and Energy,Music,Technology,Trades,Soccer,Netball dan Aquatic Sports.Saya terlibat dalam program akademik dan Chevron.Chevron ialah sebuah syarikat minyak dan gas.Saya telah terlibat dalam program seperti APPEA Conference & Exhibition dan Get To Know Resource.Program seperti Chevron telah membantu saya untuk mengenali peluang kerja yang ada di sebuah syarikat minyak dan gas.

Untuk situasi di kelas pula,kami terpaksa membawa beg ke mana sahaja.Rakan sekelas tidak tentu tetapi kami dibahagi mengikut homeroom.Saya diletakan di homeroom pertama mengikut keputusan ujian saya tahun lepas.

Untuk kelas,subjek subjek yang dipelajari hampir sama kecuali Sains,Sejarah dan Geografi.Untuk Sains,kami didedah dengan Biology,Chemistry.Manakala kelas Sejarah and Geografi digabungkan sebagai satu kelas,Social and Environmental Studies.Geografi,kami belajar dari galaxi sehingga "plate tectonics".Untuk Sejarah,kami belajar tentang ahli saintis dan perperangan.

Jadi setakat ini post untuk kali ini.Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ray Aidilfitri dan jangan putus asa untuk mengejar impian kalian!
PS. INGAT PT3!!

-NICOLE EUGENIA-

No comments:

Post a Comment